
Semenjak bergelar seorang ibu pada 23 Oktober yang lalu, pelakon Ika Nabella akui ada rasai perubahan bila menjadi seorang ibu.
Menurutnya, hampir sepenuh masanya dihabiskan bersama anak walaupun dia mempunyai pembantu yang membantunya menguruskan.
“Banyak dah berubah sejak kehadiran Noah. Masa saya pun boleh dikatakan asyik bersama anak ja. Kalau dari fizikal pun berbeza berbanding sebelum ada anak.
“Anak saya baru dua bulan tetapi saya rasa cepat sangat dia membesar. Dia dah pandai senyum, bergolek serta sudah mengenali saya.
“Noah sangat manja dengan saya. Kalau dia nangis masa pembantu dukung tapi bila saya ambil terus diam. Saya tak sangka yang diri ini sangat diperlukan dalam kehidupan seseorang,” ujarnya menerusi Gempak.
Malah, pemilik nama Ika Nabila Abdul Rahim juga mendedahkan bahawa dia akan mula berlakon drama pada hujung bulan ini.
“Mula hujung bulan ini saya akan mula menjalani penggambaran macam biasa. Saya akan aktif macam kaum ibu yang lain.
Ujarnya, filem tersebut telah dilakonkan sebelum hamil lagi namun bakal bertemu penonton pada 2 April yang akan datang.
“Jadi anak akan ditinggalkan bersama pembantu di rumah. Kalau bawa Noah ke set penggambaran memang akan hadap dia ja 24 jam,” katanya lagi.
Terdahulu, Ika telah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Zaid Aznam pada 30 Julai 2016 dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Pulau Pinang.
Pasangan ini menerima cahaya mata lelaki, Noah pada 23 Otober lalu di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.
Sumber: Instagram Ika Nabella, Carian Google
Leave a Reply