
Baru-baru ini, pelakon jelita Izara Aishah ada berkongsi satu rakamna video yang dirakam oleh suaminya sewaktu mereka baru sahaja pulang dari menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.
Video tersebut telah dikongsi secara IGTV di Instagram. Di kapsyennya, Izara telah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang melancarkan urusan ibadahnya.
“Just the two of us in Medina and Mecca
I wore these beautiful and very comfortable jubah from @v_hijrah for my umrah recently. Thank you so much dear Kak Vie @vieshantiekhan for your kindness and generosity. ♥️ Also would like to extend my gratitude to @nattoursdnbhd for their excellent care and service throughout our umrah journey. To Aunty Shida @funsthefamous, Thank you so much for the lovely tudung. ♥️”, tulisnya di kapsyen.
Namun selain itu, Izara turut menulis di komen bertanya bagaimana untuk menutup komen di IGTV kerana sedia maklum aktress itu menutup ruamg komen di Instagramnya selama ini.
Apa yang menarik perhatian ramai ialah apabila adik iparnya, Asyraf Khalid telah menyakatnya di ruangan komen dan menyifatkan Izara sebagai mengada.
Dalam pada itu, ramai yang terhibur dengan gurau senda ahli keluarga itu dan turut meminta kepada Izara agar tidak menutup ruang komennya.
Sumber: Instagram Izara Aishah
Leave a Reply