Sudah Lama Lupakan Sengk3ta, Sikap Mesra Nora Danish Dan Fasha Sandha Di Meletop Terima Pujian Ramai

Kemunculan dua figura, Fasha Sandha dan Nora Danish dalam program Meletop beberapa hari yang lepas ternyata menarik perhatian ramai.

Sikap profesional Nora dan Fasha di atas pentas membuktikan bahawa mereka sudah lama melupakan persengk3taan yang pernah berlaku di antara mereka.

Nora selaku hos jemputan MeleTop minggu ini, menemuramah Fasha dan pelakon Faizal Hussein dalam siri promosi drama Dua Takdir Cinta bersama.

Kedua-kedua mereka juga kelihatan mesra dan bersahaja sepanjang temuramah berlangsung, meskipun sesekali diusik Nabil.

 

Kedamaian yang mereka tunjukkan di atas pentas telah menerima reaksi positif dari penonton dan peminat.

Terdahulu, kontroversi Nora dan Fahsha berakhir pada Mei, dua tahun lalu setelah mereka mengambil keputusan untuk berdamai.

Malah, Fasha turut memuat naik permohonan maaf secara terbuka kepada Nora menerusi sebuah posting di IG.

 

 

View this post on Instagram

 

Bismillahirahmanirahim, Sempena hari Jumaat (Ramadhan 16) ,di bulan yang Mulia ini, Ingin saya memaklumkan pada semua bahawa segala isu permasalahan saya dan Nora telah berakhir pada tanggal 22Mei 2018 di Pejabat Mediasi di hadapan kedua peguam. Secara tiada paksaan, saya telah memohon maaf pada Nora Danish pada hari Mediasi tersebut dan berdamai. Ini adalah jalan terbaik demi kebaikan anak2. Segala isu saya dan Nora Danish sudah tamat dan saya juga TIDAK AKAN memberikan sebarang kenyataan tentang perkara itu lagi selepas ini. Saya ingin anak2 saya membesar dengan Harmoni . Sesungguhnya anak2 saya adalah dunia saya, apa yang saya lakukan adalah demi kebaikan anak2. Saya juga ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada SAHABAT MEDIA, PEMINAT2 SAYA DAN PEMINAT NORA, SAHABAT SAYA MURSHID EUNOS, Yang tidak pernah jemu mendoakan agar kami berdamai. Terima kasih juga buat dua peguam yang arif dan bijaksana. . Syukur Alhamdulillah MAAF ZAHIR DAN BATIN Doakan anak2 kami membesar dengan baik dan sihat selalu, Amin YRA. #RayaTerindah #iburayfalraysha #tenangisgood

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Sumber: Instagram Fasha Sandha, Meletop

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*