Angkasawan negara, Dr, Sheikh Muszaphar Shukor akui teringin melihat anak-anaknya menjadi doktor satu hari nanti.
Kongsinya melalui Instagram, kini dia telah mendedahkan anak-anaknya kepada dunia perubatan serta membawa mereka ke tempat kerjanya.
“Dalam video ini mereka main doktor-doktor. Saya mempunyai impian sama seperti ibu bapa yang lain iaitu mahu melihat anak-anak saya menjadi seorang doktor
“Jadi saya dedahkan mereka dengan permainan doktor dan meminta mereka menulis impian mereka di dinding yang mereka mahu jadi doktor.
“Tak cukup dengan itu, mereka akan menyebut dengan kuat impian mereka itu setiap kali bangun tidur.”
“Selain itu, saya juga membawa mereka ke tempat kerja, berkongsi keseronokkan menjadi seorang doktor,” ujarnya menerusi kapsyennya di entri tersebut,
Menerusi ruang komen, rata-rata netizen memuji usahanya itu namun ada yang berpendapat seeloknya biarlah anak-anak memilih sendiri bidang yang mereka ingini.
Sekadar perkongsian, Dr sheikh Muszaphar telah mendirikan rumah tangga bersama Dr. Halina pada 10 Oktober 2010 dnan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan serta sepasang anak kembar lelaki.
Sumber: Instagram Dr Sheikh Muszaphar, Carian Google
Leave a Reply