Ingin Cari Keredhaan, Tunku Hanis Dedah Telah Setahun Berhijab

Pelakon drama Leftenan Zana, Tunku Hanis yang memegang watak Raz telah menarik perhatian peminat apabila dia kini telah tampil berhijab penuh.

Memetik petikan di Media Hiburan, Hanis atau nama sebenarnya Tunku Norhanis Tungku Salman memaklumkan bahawa dia telah mula berhijab penuh semenjak awal tahun lepas setelah tamatnya siaran Leftenan Zana di TV3.

Ujarnya, dia mengambil keputusan tersebut adalah untuk mencari keredhaan Tuhan Yang Maha pencipta.

Malah, bila menjengah di laman Instagramnya, Tunku Hanis telah memadam kesemua foto lamanya dan hanya memaparkan fotonya yang terbaru.

 

 

 

View this post on Instagram

 

Almost everyone in the family is taken, me? 😝

A post shared by Miss TH (@tunkuhanis) on

 

 

View this post on Instagram

 

Langit yang cerah. ❤️

A post shared by Miss TH (@tunkuhanis) on

Meninjau di ruangan komen, keputusannya itu telah disokong oleh peminat serta mendoakan yang terbaik buatnya.

Sekadar informasi, Tunku Hanis ialah bintang kelahiran Negeri Sembilan dan dilahirkan pada 24 Mei 1991.

Sumber: Instagram Tunku Hanis, Carian Google

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*