[VIDEO] “Sedang ajar sujud, sempat lagi dia suruh garu kepala..”, Telatah Dato Fazley dan anak cuit hati ramai

Baru-baru ini, cef selebriti Dato Fazley Yaakob telah memaklumkan bahawa dia dan isteri serta anaknya telah bertolak ke kota suci Mekah untuk menunaikan umrah.

Disamping itu, Dato Fazley telah berkongsi satu keratan video yang mencuit hati ramai ketika sedang dalam perjalanan.

Menerusi video yang dikongsi, Dato Fazley dilihat sedang mengajar anaknya solat sambil duduk didalam kapal terbang.

Namun, apa yang mencuit hati ramai ialah telatah anaknya yang sempat menyuruh Dato Fazley menggaru kepalanya gara-gara tangan tidak sampai.

“Sementara nak sampai #Jeddah, saya dan @azrene_ahmad go through semula perjalanan Umrah dengan @fieradzfazley , termasuk bagaimana nak solat sambil duduk di dalam flight. ”

“Yang kelakar tu, dah sibuk ajar macam mana nak sujud payish cakap “Dida garu my head please! Tangan tak sampai!” 🤣🤣🤣”, kongsinya.

 

 

View this post on Instagram

 

Sementara nak sampai #Jeddah, saya dan @azrene_ahmad go through semula perjalanan Umrah dengan @fieradzfazley , termasuk bagaimana nak solat sambil duduk di dalam flight. Yang kelakar tu, dah sibuk ajar macam mana nak sujud payish cakap “Dida garu my head please! Tangan tak sampai!” 🤣🤣🤣

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Di ruangan komen, rata-rata terhibur dengan telatah anak beranak itu serta mendoakan agar perjalanan Dato Fazley sekeluarga selamat.

Sumber: Instagram Dato Fazley Yaakob

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*