“Kalau lah aku boleh bawa dia pulang..”, Irma Hasmie kongsi cerita tentang anak yatim dahaga kasih sayang ibu..

Pelakon Irma Hasmie menerusi laman Instagramnya ada berkongsi sebuah cerita yang menyentuh perasaan sewaktu dia menyertai misi kemanusiaan di Istanbul, Turkey baru-baru ini.

Jelasnya, sewaktu dia melawat sebuah pusat Rumah Anak Yatim Der Alsalam, seorang kanak-kanak lelaki telah mengikutnya dan seolah ingin bermanja dengannya.

Lebih menyed1hkan lagi, tatkala Irma ingin meninggalkan pusat Anak Yatim tersebut, kanak-kanak itu dilihat mengalirkan air mata. Jelas kelihatan dia dahagakan kasih sayang seorang ibu.

“Anak oh anak..
Dia ikut sahaja sy kemana sy pergi sepanjang masa lawatan ke Rumah Anak Yatim Der AlSalam ini.
Naik turun bangunan, minta di dukung, makan bersuap..”

“Masa nak balik tu lah paling sed1h…dia tenung aje kita masa bgtau dia kita nak balik dah..mulut ‘jebek’ mata berair.
Jelas dia dahagakan kasih sayang dan tempat bermanja..itulah sy kata ‘kalau lah aku boleh bawa dia pulang..’
Rumah tempat tinggal mereka ini menghadapi kesukaran dana, masa lawat dapur mereka yg ada kebanyakkan nya minyak, beras dan pasta tpi lauk macam ayam dan daging peti ais nya kosong…😢 ”

“Adakah makan nasi kosong, pasta gaul minyak sahaja…
Berat nak tanya takut mereka terasa.
Kemudian bil elektrik mencecah ₺8,444.70Lira hampir 6 bulan tidak berbayar, kalau kena potong maka alat pemanas tak bole diguna. ”

“Mereka akan kesejukan terutamanya malam hari.
Maka team kami pun buat keputusan menguruskan nya dan membayar bil mereka.
Itulah hasil sumbangan anda, terima kasih pada yg membantu kami.
Anda bole terus membantu dan salurkan sumbangan ke www.islamic-relief.org.my (klik WINTER APPEAL)”, kongsinya panjang lebar.

 

 

View this post on Instagram

 

Anak oh anak.. Dia ikut sahaja sy kemana sy pergi sepanjang masa lawatan ke Rumah Anak Yatim Der AlSalam ini. Naik turun bangunan, minta di dukung, makan bersuap.. Masa nak balik tu lah paling sedih…dia tenung aje kita masa bgtau dia kita nak balik dah..mulut ‘jebek’ mata berair. Jelas dia dahagakan kasih sayang dan tempat bermanja..itulah sy kata ‘kalau lah aku boleh bawa dia pulang..’ Rumah tempat tinggal mereka ini menghadapi kesukaran dana, masa lawat dapur mereka yg ada kebanyakkan nya minyak, beras dan pasta tpi lauk macam ayam dan daging peti ais nya kosong…😢 Adakah makan nasi kosong, pasta gaul minyak sahaja… Berat nak tanya takut mereka terasa. Kemudian bil elektrik mencecah ₺8,444.70Lira hampir 6 bulan tidak berbayar, kalau kena potong maka alat pemanas tak bole diguna. Mereka akan kesejukan terutamanya malam hari. Maka team kami pun buat keputusan menguruskan nya dan membayar bil mereka. Itulah hasil sumbangan anda, terima kasih pada yg membantu kami. Anda bole terus membantu dan salurkan sumbangan ke www.islamic-relief.org.my (klik WINTER APPEAL)

A post shared by Irma Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on

 

 

Justeru, marilah kita sama-sama hulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka.

Sumber: Instagram Irma Hasmie

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*