Baru-baru ini, penyanyi bertaraf antarabangsa Yuna telah berkongsi luahan hatinya di Instagram.
Menerusi kapsyennya, dia berasa sangat sed1h apabila kedai tumbuhan hiasan miliknya, Tiny Forest terpaksa ditutup.
Jelasnya, keputusan itu dibuat kerana kedai yang beroperasi di SS15, Petaling Jaya itu tidak sempat diuruskannya lagi disebabkan jadual kerjaya yang padat.
“Selamat tinggal kedai kecil. Hati saya h4ncur dan saya berharap kami tak perlu pindah.
“Tapi kehidupan saya menjadi sangat sibuk kebelakangan ini dan tiada cara lagi untuk menguruskan kedai ini,” tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, pelantun lagu Forever More itu juga turut menyatakan kedai itu sangat bermakna buat dirinya serta ibu.
Terlalu banyak memori indah di Tiny Forest SS15 ini di mana saya mengecat dinding dan melukisnya sendiri.
“Saya dan ibu membangunkan perniagaan ini bersama-sama sehingga terhasilnya kedai yang comel ini.
“Saya harap ada yang nak sewa tempat ini atau saya terpaksa tinggalkan semua perhiasan ini.
Bagaimanapun jelasnya, perniagaan tersebut masih lagi berjalan atas talian sepenuhnya.
Sumber; Instagram Yuna
Leave a Reply