Kemunculan ‘interframe’ Ameera bersama ahli keluarga ubati rindu peminat..

Setelah sekian lama sunyi dari sosial media, adik kepada hos Neelofa, Ameera Khan telah menarik perhatian ramai apabila muncul di dalam sebuah gambar bersama ahli keluarganya.

Difahamkan, foto tersebut telah diambil ketika mereka menghadiri sebuah majlis keraian keluarga. Dan ternyata kemunculannya telah mengubat rindu para pengikutnya terdahulu.

Foto tersebut telah dikongsi oleh sebuah laman Instagram peminat Neelofa @lofa.world.

“*ramai rindu ameera kan? So nah belanja gambar yg ada ameera😉❤*”, kongsinya.

 

 

View this post on Instagram

 

❤❤❤❤ *ramai rindu ameera kan? So nah belanja gambar yg ada ameera😉❤* #Neelofa #ILofaYou

A post shared by neelofa.fans (@lofa.world) on

Meninjau di ruangan komen, rata-rata bertanya tentang kehilangan gadis jelita itu malah ada yang menanti agar Ameera kembali lagi di media sosial.

Terdahulu, Neelofa mengatakan adiknya memerlukan ruang untuk membesar sama seperti remaja-remaja lain tanpa pengaruh media sosial namun akan kembali di masa akan datang.

Sumber: Instagram Lofa World

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*