
Umum maklum bahawa ahli kumpulan Elite, Sasha Saidin akan berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mengikut suaminya yang bekerja di sana.
Justeru, peninggalannya itu pasti meninggalkan kesan kepada sahabat-sahabat rapat terutama ahli Elite yang lain.
Linda Rafar menerusi perkongsiannya di Instagran meluahkan rasa tidak percaya sahabatnya itu akan meninggalkan tanah Malaysia dan berjauhan dengannya.
Akui terkesan dengan perkara itu, namun Linda tetap mendoakan agar sahabat karibnya itu sentiasa selamat dan bahagia di samping suami tersayang.
“Selamat Tinggal Sasha syg😭
Sha… im cry1ng non stop! i tak sedar rupanya this time u btul2 tinggal kan i😩.. sha,i takkan lupa semua jasa baik u sejak zaman elite masa kita gi australia bersama,zaman kita mula mengenal dunia u sentiasa ada dgn linda.. u je yg panggil i baby gurl🤭..”
“Sha,i kenang sgt jasa baik u n pengorbanan u pada i.. sejak arw4h memen sak1t u selalu dtg melawat kat hukm bg kata2 semangat..sampai la arw4h pergi,pastu arwah my mum sak1t n pergi pon u sentiasa ada dgn i sha.. ”
“Kadang2 i terlepas pandang sha.. im sory sha x dpt join videoclip u n u really want me to be in🙏🙏🙏 sory sha.. Tapi i yakin allah tu tau hati u bersih n ikhlas anggap i btul2 mcm adik u.. i doakan u happy dgn hidup baru u di dubai.. u jgn lupa i tau sha! if bole my bday 11/2/2020 u dtg ok jumpa i..”
“Ya allah balasla jasa baik kawan baikku sasha n family.. yg sentiasa ada dgn linda time susah n senang.. hanya allah shj yg mampu mendengar n membalas semua jasa baik u.. love u sha😘 Selamat Tinggal sha😭 @sashasaidin
Terdahulu, Sasha Saidin telah mendirikan rumha tangga bersama kenalan lama, Sirhan Wahab pada 20 Januari lalu dengan sekali lafaz.
Sumber: Instagram Linda Rafar
Leave a Reply