Mendirikan rumah tangga bersama Cikgu Azlan pada 18 Januari yang lalu, Elly Mazlein kini pula menghadiri majlis sambutan menantu yang diadakan di negeri kelahiran suaminya, Kuala Krai Kelantan.
Elly menerusi laman Instagramnya turut berkongsi beberapa momen indah sepanjang majlis itu berlangsung. Malah, dia turut meluahkan rasa syukur atas peneriamaan keluaraga mertua terhadap dirinya.
“Tq Sudi Menyambutku Wahai Keluarga Mertua.. Tq kerana bg lina rasa semua ni ..Tq atas kasih sayang ini β€ .. Terasa diri disayangi πππ Alhamdulillah π·28 January 2020 π·”, kongsinya sambil memberi kredit kepada pihak yang terlibat.
Sekadar imbasan, Elly Mazlein telah mendirikan rumah tangg abersama Cikgu Azlan pada 18 Januari yang lalu setelah sebulan mengikat tali pertunangan.
Sebelum ini Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama Azmi Hatta namun jodoh mereka tidak berpanjangan. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia.
Sumber: Instagram Elly Mazlein
Leave a Reply