Beberapa hari yang lepas, Sweet Qismina menerusi laman Instagramnya ada memaklumkan bahawa dia akan bertolak ke tanah suci untuk menunaikan umrah.
Terbaru, menerusi perkongsian terbaru Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi telah berkonsi pengalamannya ketika memasuki Raudhah.
Menurutnya, dia berasa sangat sebak ketika memasuki kawasan tersebut kerana kawasan itu selalu sesak dengan orang ramai. Malah, memerlukankesabaran yang tinggi. Bagaimanapun, Sweet tetap bersyukur Allah mempermudahkan segala urusannya.
“Raudhah was, ya Allah mmg tidak terkata sangat. Sebak rasa ni. Kesabaran itu sangat tinggi untuk tempuh perjalanan ke Raudhah tapi Allah permudahkan segalanya untuk kami. Terima kasih ya Allah ❤️ #fqs“, kongsinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memberi reaksi dan ada turut mendoakan agar segala urusan pelakon itu berjalan lancar.
Sumber: Instagram Sweet Qismina
Leave a Reply