Suami Isteri Solat Tahajud 2 Rakaat, Keajaiban Ini Akan Berlaku

Keutamaan solat tahajud tak hanya membuat pelakunya mendapatkan kedudukan terpuji (maqaman mahmuda) di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Namun ada pula keistimewaan yang akan diberikan Allah istimewa kepada suami isteri yang kedua-duanya bertahajud.

Apa saja keutamaan untuk pakej suami isteri yang membiasakan solat tahajud?

1. Mereka berdua dirahmati Allah dan dijadikan keluarga yang penuh kasih sayang

Setiap suami isteri pasti ingin keluarganya sakinah mawaddah wa rahmah. Sakinah itu ketenangan. Keluarga yang sakinah membuat seorang suami yang ketika di luar rumah penat kerana pekerjaan atau lelah kerana berdakwah, ia menjadi tenang serta masuk ke dalam rumah dan bertemu dengan isterinya.

Mawaddah itu ertinya cinta kerana pertimbangan fizikal. Sebab merasa isterinya cantik dan suaminya kacak, hasrat cinta pun menyatukan kedua-duanya. Dari mawaddah inilah suami isteri saling memenuhi keperluan biologi dan mengubah syahwat menjadi berpahala. Mawaddah umumnya dominan pada usia perkahwinan muda. Apabila telah menjadi datuk nenek, mawaddah tak lagi dominan.

Lalu mengapa suami isteri tetap harmoni walaupun tidur saling memunggungi? Itulah rahmah. Cinta dan kasih sayang bukan kerana pertimbangan fizikal sama sekali. Kerana akhlak, kerana watak, kerana cinta itu sendiri.

Untuk suami isteri yang saling membangunkan dan menunaikan solat tahajud , Allah memberikan rahmat-Nya. Rahmat yang salah satu bentuknya menjadi rahmah dalam rumah tangga.

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فصلت فإن أبت رش فى وجهها الماء رحم الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فصلى فإن أبى رشت فى وجهه الماء

“Semoga Allah merahmati seorang laki-laki yang bangun di waktu malam lalu solat dan ia pun membangunkan isterinya lalu sang isteri juga solat. Bila isteri tidak mau bangun, ia percikkan air ke wajahnya. Semoga Allah juga merahmati seorang perempuan yang bangun di waktu malam lalu dia sembahyang dan ia pun membangunkan suaminya. Bila suami enggan untuk bangun, ia pun memercikkan air ke wajahnya. “ (HR. An Nasa’i. Hadits senada juga diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi)

2. Dicatat sebagai orang-orang yang selalu mengingat Allah

Alangkah bahagianya jika Allah memasukkan seorang hamba dalam kategori selalu mengingat-Nya. Sebab Allah menjanjikan, siapa yang mengingat-Nya maka Allah akan mengingat orang tersebut. Apabila ada masalah, ditolong oleh Allah. Pada masa butuh sesuatu, dibantu oleh Allah. Apabila dizalimi, dibela oleh Allah.

Suami isteri yang saling membangunkan untuk solat tahajud walaupun hanya dua rakaat, mereka berdua mendapat keistimewaan ini.

إذا أيقظ الرجل أهله من الليل فصليا أو صلى ركعتين جميعا كتبا فى الذاكرين والذاكرات

“Jika seorang laki-laki membangunkan isterinya di waktu malam lalu kedua-duanya solat, atau solat dua rakaat bersama-sama, maka keduanya ditulis dalam kelompok orang-orang yang selalu mengingat Allah” (HR. Abu Daud, An Nasa’i dan Thabrani).

Baca: Panduan Cara Mengerjakan Solat Tahajud Malam Secara Lengkap

Dengan keistimewaan seperti ini, mahukah kita berusaha membiasakan diri?

Sumber

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Sumber: LubukMaklumat.com