Lipat Baju Cara Origami, Jimat Ruang Dan Senang Nak Cari.. Anda Boleh Cuba..

Nak lipat baju ini bukan setakat kena kumpul kekuatan ‘RAJIN’kan diri, tapi perlukan waktu yang teliti. Kerja itu mudah tapi renyah. Pertama, melipat, kemudian pilih baju ikut kategori. Seterusnya, susun pula dalam almari.

Tapi, bila tiba-tiba kita dah penat-penat lipat dan susun, anak-anak suka hati tarik sampai berterabur memang membara-bara je perasaan ibu. Haa.. lipat baju cara origami ni jalan penyelesaiannya.

Perkongsian Puan Rahiman Ramian ini akan membuatkan ibu lebih bahagia.

Lain orang, lain cara lipat bajunya. Sebagai ibu, mesti geram je rasa kan bila kita dah susah-susah, lipat cantik-cantik, susun elok-elok dalam drawer, tapi bila anak-anak suka suki je ambil baju ikut sesedap rasa nak pakai yang mana, maka baju yang bersusun berlipat tadi akan berterabur balik.”

Maka, di sini saya nak kongsikan cara lipat baju anak-anak yang pasti dapat menyelesaikan masalah yang saya sebutkan tadi. Kalau tak percaya, cubalah.. lepas lipat, confirm tak terbuka lipatan walau dibaling ke dinding sekalipun.”

lipat baju cara origami
Keluarga Puan Rahimah Ramian.

Step By Step Lipat Baju Cara Origami

Step tu nampak saja banyak, dekat 10 step tapi sebenarnya mudah saja. Sambil melipat sambil terkenang memori buat origami masa kelas pendidikan seni kat sek rendah dulu.

lipat baju cara origami
Bentang baju tegang-tegang macam biasa.
lipat baju cara origami
Lipat bahagian bawah baju lebih kurang 1/3 daripada labuh baju.
lipat baju cara origami
Terbalikkan baju dan lipat macam ni. Buat di kedua-dua bahagian kiri dan kanan.
lipat baju cara origami
Selepas dilipat di kedua-dua bahagian baju.
lipat baju cara origami
Kita terbalikkan view untuk mudah faham step seterusnya.
lipat baju cara origami
Letak seluarnya atas baju yang dilipat tadi. Seluar panjangpun boleh buat macam ni. Kalau seluar terlebih (terkeluar) dari lipatan baju bawah tu, just ignore je..no problem
lipat baju cara origami
Seterusnya, lipat baju & seluar tadi macam ni. Pastikan bahagian bahu baju sama dengan lipatan yang mula-mula kita buat tadi (boleh check tengok kat lapis bawah sekali)
lipat baju cara origami
Kemudian, lipat lagi bagi habis tak nampak macam ada lebihan kain terkeluar.
lipat baju cara origami
Terbalikkan baju, ibu akan nampak lipatan yang mula-mula kita buat tadi macam ni. Lipatan ni kita kena pusingkan ke belakang. Ni step paling saya suka. Azzam pun yang umur 5 tahun tu kalau saya lipat baju dia, sampai part ni dia akan willing minta nak sambung sendiri. Almaklumlah ala-ala macam buat origami gitu.
lipat baju cara origami
Taraa…saja nak tunjuk gambar baju selepas dimasukkan dalam poket lipatan pertama yang dah dipusingkan tadi.

Nak Lagi Faham, Tengok Video Ini

“Video ni saya paksa Ammar ( anak sulung umur 12 tahun ) jadi modelnya. Tapi tak model sangat pun sebab tuan badan tak mau tunjuk muka, malu katanya. Almaklumlah tengah berlengging ( tak berbaju), hanya pakai kain pelekat je.”

Sumber/Foto/Video : Facebook Rahimah Ramian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! HM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Hudamir

Sumber: Mingguan Wanita