Cara Masak Kek Buah Kukus Guna Resipi Lama Berusia 50 Tahun.

Kek Buah Kukus memang sedap dan merupakan antara kek tradisional yang kekal popular hingga kini. Salah satu yang menarik perhatian ialah resipi kek buah perkongsian Puan Hasniza Hassan ni.

Menurut beliau, kek buah kukus ini ada sejarahnya yang tersendiri buat keluarga dimana resipinya dipelajari oleh ibu Puan Hasniza sendiri daripada emak kawan baiknya. Hampir 50 tahun ibu beliau buat kek kukus buah ini untuk dihidangkan kepada tetamu dan sebagai buah tangan terutamanya di Hari Raya.

Kini diusia 76 tahun, kepakaran ibu telah diwariskan kepada Puan Hasniza dan beliau juga berhajat untuk berkongsi resepi ini dengan semua yang ingin mencuba.

KEK BUAH KUKUS KLASIK

BAHAN A:

  • 600gm tepung gandum
  • 4 sudu teh Cream of Tartars
  • 2 sudu teh Bicarbonate of Soda
  • 300gm Mixed Fruit(gaul semua dan ketepikan)

BAHAN B:

  • 450gm marjerin planta
  • 225gm gula halus (biasanya mak Kak Has akan kisar halus gula kasar)
  • 5 biji telur ayam gred B/A
  • 3 sudu teh esen vanila(pukul semua bahan sehingga ringan)

BAHAN C:

CARA MEMASAK:

1. Campurkan semua bahan A. Gaul rata dan ketepikan.

2. Dalam bekas berlainan, masukkan planta dan gula kisar halus. Pukul hingga ringan.

3. Masukkan telur satu persatu. Kacau perlahan-lahan.

4. Masukkan juga esen vanilla. Kacau rata.

5. Tambahkan campuran bahan A ke dalam adunan B. Gaul hingga sebati menggunakan senduk kayu. Ketepikan seketika.

6. Untuk bahan C, goreng gula kasar dalam kuali hingga mendidih dan berbuih. Jangan masukkan air.

7. Sentiasa kacau gula semasa menggoreng supaya semua gula larut sekata.

8. Setelah gula berbuih, tutup api dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan kek. Gaul rata. Sekiranya lambat, gula akan mengeras.

Goreng gula mesti sampai berbuih-buih. JANGAN masukkan air. Apabila dah berbuih, tutup api dan cepat-cepat masukkan dalam adunan kek dan gaul rata. Sekiranya lambat, gula akan mengeras. Posted by Hasniza Hassan on Sunday, 2 September 2018

9. Paling baik jika ada 2 orang membuatnya. Seorang tuang gula, seorang lagi kacau adunan. Namun perlu berhati-hati kerana gula panas.

Apabila gula kasar yang digoreng dah berbuih-buih, tutup api. Cepat-cepat masukkan dalam adunan kek dan gaul rata. Jika lambat digaul, gula akan mengeras. Sebaik-baiknya ada 2 orang yang membuatnya, seorang tuang gula, seorang kacau. Perlu hati-hati ya. Posted by Hasniza Hassan on Sunday, 2 September 2018

10. Gaul rata gula yang digoreng dalam adunan.

11. Masukkan adunan yang dah siap ke dalam loyang kek.

12. Mak Kak Has suka guna bekas mangkuk tingkat bersaiz 8 inci ini. Guna sekali dengan penutupnya. Boleh juga guna periuk atau loyang kek.

13. Adunan ini perlu ditutup rapat. Walaupun dah ditutup dengan penutupnya, masih dibalut dengan aluminium foil dan ikat keliling dengan tali. Tujuannya supaya wap daripada kukusan tak masuk ke dalam kek.

14. Sementara nak buat kek tadi, siapkan kukusan untuk mengukus kek. Didihkan air dalam 2/3 bekas kukusan.

15. Masukkan kek dalam kukusan dan kukus selama lebih kurang 4 jam 15 minit.

16. Setiap 45 minit, periksa air kukusan. Tambahkan dengan air mendidih ke paras 2/3 bekas. Jangan tambah guna air biasa. Selalu yang kami buat ialah didihkan air tambahan di sebelah kukusan.

17. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi, video & foto sepenuhnya: FB Hasniza Hassan

Komen anda.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! HM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Hudamir

Sumber: Rasa