Petua Sambal Nasi Lemak Sedap, Masa Kisar Bawang Letak Ikan Bilis Segenggam!

Bila masak nasi lemak selain rasa nasinya, sambal juga memainkan peranan yang cukup penting. Sambal kenalah power, serba serbi secukup rasa barulah sempurna nasi lemaknya. Ada macam-macam petua mak-mak boleh cuba untuk menyedapkan lagi sambal nasi lemak ni. Salah satu petua yang boleh dicuba ialah memasukkan segenggam ikan bilis ke dalam blender ketika mengisar bawang.

Berikut perkongsian resipi dan petua oleh Puan Rose Niey sebagai rujukan;

“Assalamualaikum Ros nak kongsi petua, bila orang makan asyik teringat masakan kita.Balik kampung, ros masak nasi lemak untuk mak, ayah & nenek. Diorang cakap sedap sangat-sangat, letak ape dalam sambal nasi lemak. gambar ikan bilis tak sempat snap sebab dah jadi lauk. Seminggu kat kampung ni kali ketiga mak suruh masak sambal ni untuk dia”.

Ramai yang tanya resepi.

Bahan-Bahan:

10 biji Bawang merah

3-4 biji Bawang putih

Segenggam Ikan bilis

15 tangkai cili kering (cili kisar)

Gula Melaka

Gula

Asam Gelugur

Ikan bilis

Garam

Cara Masak :

1. Tumis bawang merah 10 biji, bawang putih 3-4 biji, ikan bilis segenggam (blend kasar-kasar)

2. Bila dah betul-betul garing, baru masukkan cili kering kisar 15 tangkai, kacau sekali sekala je.

3. Masukkan Nissan (gula Melaka), gula, asam gelugur. Dekat-dekat nak kering kuah tu, masukkan ikan bilis, garam secubit. Perasa lain-lain nak letak pun boleh..tak nak letak pun takpe.

#Tips Sambal Tak Terpercik Satu Dapur

***Api perlahan dan kacau sekali sekala je.

***Satu lagi masa blend bawang..letak ikan bilis segenggam (ni petua nak sedap) jangan blend hancur sangat..blend kasar-kasar je)..tumis sampai betul-betul garing baru masukkan bahan-bahan lain. Tu je..

Siap! Selamat Mencuba!

MW: Mak yang nak buat sambal atau suka buat sambal tu boleh cuba tips dan resipi yang dikongsikan ini.Semoga bermanfaat!

Sumber: Rose Niey   via Mingguan Wanita

Jangan Lupa Komen

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! HM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Hudamir