Resepi Nasi Ayam Penyet

Ramai yang mengandaikan Ayam Penyet adalah ayam yang di penyet.

Betul ke betul ?

Sebenarnya Penyet berasal dari Bahasa Jawa yang bermakna ‘ lumat ‘ . Bahannya di masak lumat di hidangkan dengan sambal khas yang di tumbuk lumat , di makan bersama nasi putih ; tempe ; tauhu dan ulam ulaman. Jadi bila sambal tu power , sudah tentu ayam penyetnya sedap!

Melalui perkongsian oleh Puan Mashitah Mas yang telah menjadi tular setelah mendapat share sebanyak 4.9k share dalam masa 11jam selepas di post.

Alhamdulillah sedap..¬† First time buat… Rupanya renyah juga membuatnya..Nampak macam senang kan.. Renyah untuk siapkan bahan2 ayam dan sambal jerk.. Tapi berbaloi.. Untuk resepinya.. Mas share disini..

RESEPI AYAM GORENG PENYET :

Bahan-bahannya :

  • 4 biji bawang merah
  • sedikit halia
  • sedikit lengkuas
  • sedikit kunyit
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu baking powder
  • 1 sudu kecil jintan manis *ditumbuk
  • 1 sudu kecil jintan putih *ditumbuk
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Kuib ayam
  • sedikit lada hitam
  • garam secukup rasa

Cara- caranya :

  1. kisar 4 biji bawang merah + sedikit halia + sedikit lengkuas dan sedikit kunyit.. (Untuk seekor ayam saiz kecil yerk) .. Tumis dengan serai diketuk dan daun Salam atau daun Bay . Bila dah naik bau wangi, masukkan ayam dan tuang air Agak2 ayam tenggelam. Masukkan juga garam dan kiub ayam. Masak hingga nampak ayam masak elok.
  2. sementara tu.. Buat bancuhan tepung… 1 cawan tepung beras + 1 sudu kecil baking powder + 1 sudu kecil jintan manis ditumbuk + 1 sudu kecil jintan putih ditumbuk + 1 sudu kecil serbuk kunyit + garam secukup rasa + kiub ayam dan sedikit lada hitam yg ditumbuk… Kacau sebati.. Agak2 bancuhan tu nampak macam santan pekat.
  3. bila ayam dah masak elok.. Angkat, toskan dan celup kedalam bancuhan tepung tadi dan goreng garing. Angkat… Ambil anak batu dan lenyek2kan..
  4. celupkan juga tauhu dan tempe yg dipotong2 dan goreng garing.

RESEPI SAMBAL AYAM PENYET :

Bahan-bahannya :

  • Ikan bilis
  • Bawang Merah
  • Cilipadi
  • Cili Besar Merah
  • Tomato
  • Belacan *dibakar
  • Minyak Masak
  • Sedikit Gula Melaka
  • Gula, Garam dan Jus Limau Secukup Rasa
    **kuantiti tu agak2 je..

Cara- caranya :

  1. Goreng ikan bilis, dah garing ketepikan
  2. minyak Agak2 yerk tak payah banyak sangat…. goreng sampai layu bawang merah + baru masukkan cilipadi dan cili besar merah yg dipatahkan dua, juga masukkan tomato yg dipotong empat.. Masak sampai nampak tomato layu.. Angkat ke semuanya
  3. masukkan bahan2 goreng tadi dan belacan yg telah di bakar ( kalau tak bakar pun ok belacan tu) ke dalam blend, tuang juga minyak gorengan tadi.. Blend kasar. sekejap saja
  4. tuang semula ke dalam kuali tadi..
  5. Masukkan juga gula, garam dan jus Limau secukup rasa.. Juga sedikit gula melaka.masak hingga nampak pecah minyak.. Siappp.

Dah siap.. Boleh susun di pinggan.. Nasi, ayam penyet, tempe dan tauhu yg digoreng, kobis mentah dan kacang panjang mentah yg dipotong2 dan sambal ayam penyet. Siap dihidangkan.

Selamat mencuba untuk hidangan seisi keluarga!

Tinggalkan Komen

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! HM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Hudamir

Sumber: FB Mashitah Mas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*