Telur Separuh Masak dan Khasiatnya

Entri kali ni lebih berbentuk ilmiah..jadi beta cuba sedaya upaya untuk menukarkan ayat-ayat fakta sains menjadi point-point dalam bentuk yang lebih mudah difahami. Susah jugak budak fizik belajar benda nih..hoho..Dalam entri ni kita bahagikan kepada 3 pecahan:

  • Telur Separuh Masak/ Half-boiled Egg
  • Khasiat Telur 
  • Khasiat Telur Separuh Masak

Jom kita ringan-ringankan kepala dulu dengan menghadap gambar makanan! ahaks!

  • Telur Separuh Masak/ Half-boiled Egg

Breakfast telur separuh masak memang sedap..biasanya bersarapan dengan telur separuh masak atau nama inggerisnya soft-boilled egg ni popular di Asia Tenggara terutamanya di negara kita neh Malaysia dan di Singapura. Kalo kita2 ni biasanya kita panggil telur separuh masak
atau half-boiled egg. Cemana nak makan ni eh?

Nak masak boleh guna heater atau boiler:

heater and boiler sebijik mcm beta punye..huhu

Pastu serve la dlm pinggan di samping kicap n lada:

kuning dia beku..xbesh!

Tabur la sebanyak mana yg anda suka:

nyum2..nyaman eh..

Telur separuh masak jugak boleh di makan dengan roti bakar mentega atau kaya:

tak penah lak mkn camni..bleh cuba..weee

Kalo kat Jepun telur separuh masak ni dihidang dengan ramen:

err? sama tak kalo mkn dgn megi je? hehe..

CARA MASAK TELUR SEPARUH MASAK :

Dah beberapa kali cuba memang menjadi.

1. Masak air dalam periuk sampai mendidih.

2. Dah mendidih, tutup api.

3. Terus masukkan telur yang dibasuh bersih. Pastikan telur terendam semuanya.

4. Biarkan telur terendam dalam air panas tu selama 7-8 minit. Guna alarm jam atau handphone supaya tak terlajak masa.

5. Selepas 8 minit, keluarkan telur dan sejukkan. Dah siap.

Cubalah ya.

 Ok, dah masuk sains+medik..layannnnnnnnnn!!

Sebelum kita cerita pasal khasiat telur separuh masak jom kita literature review dulu khasiat telur..haha mcm polah fyp! Ok! Chapter 2 is ON.

Telur ayam adalah penawar bagi byk penyakit terutama skali telur ayam kampung sbb telur ayam kampung mengandungi vitamin dan galian yg cukup sbb diorg ayam tu kan makan makanan asli dan organik..bebas dari bahan kimia.

Antara khasiat telur adalah:

  • Kandungan telur kaya dengan sumber protein dan vitamin A.
  • Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah dan mudah
    dihadam
    .
  • Telur juga merupakan sumber mineral.
  • Bahagian kuning telur mengandungi zat-zat penting di antaranya 67 mg sulfur atau 8% daripada
    keperluan
    kita seharian. Err..kolesterol pun dalam ni jgk tau!

Mengikut kajian dalam jurnal Cancer Epidemilogy Biomarkers
and Prevention keluaran Januari 2005:

  • Mereka yang memakan banyak sayur dan buah-buahan kurang mendapat kanser payu dara.
  • Mereka yang memakan banyak telur ayam juga kurang kemungkinan
    mendapat kanser payu dara. *yang memakan enam biji telur seminggu
    dibanding dengan mereka yang memakan dua biji telur seminggu
    didapati merendahkan risiko kanser sebanyak 44%!

Dalam satu hadith dinyatakan maksudnya:

“Imam Biahaqi meriwayatkan bahawa seorang nabi di antara para nabi telah mengadu kepada Allah tentang kelemahan badannya. Maka
Allah mengarahnya supaya makan telur.”

Di antara khasiat kuning telur ialah; menghilangkan rasa sakit dan ubat batuk. Jelaskan? telur merupakan makanan yang baik untuk kita menambah tenaga..bila badan sihat otak pun cergas!

source: http://wanitasihat.com/khasiat-telur/  

Keywords utk teks kat bawah ni adalah lechitin and choline. #aiyakkk!

  • Khasiat Telur Separuh Masak

Khasiat telur separuh masak lebih kurang ja mcm khasiat telur..yela bahan asasnya telur jugak kan..bezanya telur yang direbus separa masak akan masih menjaga kandungan lecithin nya. Lechitin akan rosak kalo kalo kita rebus telur keras terus..atau nama omputihnya hard-boiled egg. Kali ni perbincangan kita concern kpd lechitin okeh.

Apa benda lak lechitin segala nih?

Sini kita translate apa encik wiki ckp..semua dia tau kan? huh! ok..katanya:

“Lecithin adalah istilah generik untuk menetapkan mana-mana kumpulan yang berwarna kuningkeperangan bahan-bahan lemak yang berlaku dalam tisu haiwan dan tumbuhan, dan dalam kuning telur, yang terdiri daripada asid fosforik, choline, asid lemak, gliserol, glycolipids, trigliserida, dan phospholipid (contohnya, phosphatidylcholine, phosphatidylethanolamine, dan phosphatidylinositol).”

Err..susahnya tak blaja sains..jom kita google lagik! kita ambik point2 okeh..

Lecithin adalah molekul lemak yang mengandungi nutrien penting, like fosfat choline, dan asid lemak. Semua ni perlu untuk fungsi badan kita..

Linus Pauling dari Institut Penyelidikan di Universiti Oregon kata bahawasanya: 

“walaupun choline di lechitin adalah dihasilkan dalam jumlah yang kecil
dalam badan, kita mesti mengambilnya dalam diet untuk mengekalkan
kesihatan.” 

Satu laporan 2009 dari Persatuan Pemakanan Amerika berkata, National Academy of Sciences Amerika Syarikat mengesyorkan:

“we have an adequate intake of choline found in lecithin, and the
adequate intake level set is 550 mg daily for men and 425 mg daily for
women.”

Mengikut google translate dan secara ringkasnya; tahap pengambilancholine yang dijumpai dalam lechitin yang mencukupi adalah 550 mg setiap hari untuk lelaki dan
425 mg setiap hari untuk wanita.

Menurut NutritionData.com, sebuah laman web yang menyampaikan maklumat pemakanan dari USDA pula katanya:  

lechitin dalam satu telur rebus mengandungi 306 mg choline.”

Apa khasiat choline di dalam lechitin nih? Ada tiga faedah semuanya:

  1. Perlindungan kolesterol
  2. Faedah Pundi Hempedu
  3. Perlindungan Kanser 

Jom kita go through satu-satu..

  1. Perlindungan kolesterol

Ramai org tak nak mkn telur sebab kolesterol tinggi..ya kah? 

Satu daripada laporan Kansas State University menjelaskan bahawa:

“lechitindalam telur telah didapati berkesan dalam mencegah penyerapan kolesteroldalam badan.”  

Naa..tak tau kan? Ni la nak bagitau..walaupun telur tu jumlah kolesterol dia tinggi, tapi lechitin yg tinggi tadi ni counteract balik..

  

Institut Linus Pauling juga berkongsi bahawa:

without adequate amounts of phosphatidylcholine (lecithin), the levels of cholesterol and fat build up within the liver.”

  1. Faedah Pundi Hempedu

University of Maryland Medical Center melaporkan:

“lechitin merupakan salah satu bahan utama dalam hempedu.

National Institutes of Health menggambarkan:

“hempedu sebagai bendalir penghadaman yang dibuat di dalam hati dan dihantar ke pundi hempedu untuk penyimpanan. Hempedu juga membantu memecahkan lemak sebelum ia dihantar ke dalam aliran darah.   Satu sebatian dalam lechitin yang membolehkan pecahan ini adalah choline.  

Tanpa jumlah lechitin yang mencukupi dalam badan, lemak tidak dipecahkan dengan betul, dan batu karang boleh terbentuk di dalam pundi hempedu.” 

Got it? Pening? ok..kita simpulkan..katanya;

  1. Hempedu ni adalah sejenis bendalir utk mengahadam.
  2. Ia jgk boleh tolong utk pecahkan lemak.
  3. Ingat tak dekat atas ada sebut dlm lechitin ada choline? Naa..benda ni la yg memecahkan lemak.
  4. Kalau jumlah lechitin ni tak cukup dalam badan, lemak tuh tak pecah betul..kes ni la yg jadi batu karang tuh!
  1. Perlindungan Kanser

 Institut Linus Pauling berkongsi dalam kajian yang dilakukan pada tikus bahawasanya:

“kekurangan choline yang ditemui dalam lechitin dikaitkan dengan peningkatan
dalam kanser hati. 

Ini adalah kerana dengan pengambilan choline yang tidak mencukupi, hati akan sensitif kepada bahan kimia penyebab kanser.  

Dalam tikus, kekurangan choline diet dikaitkan dengan peningkatan insiden kanser hati spontan (spontaneous liver cancer) dan meningkatkan sensitiviti kepada bahan kimia karsinogen. 

dengan tahap choline yang rendah, DNA tidak boleh membaiki diri sendiri dengan betul, menyebabkan mutasi yang boleh menjadi karsinogen.”

Weeeeeeeeeeeeee~~ pening2..aku bukan budak medik! Ok meh kita konklusikannya;

*bear in mind that choline is in lechitin*

  1. Kalau kadar pengambilan choline ni kurang yakni tak cukup pada kadar yg sepatutnya,
  2. DNA dlm badan tak dapat baiki diri sniri dgn betul,
  3. Dan terjadilah bahan kimia karsinogen,
  4. Hati kita akan sensitif kpd bahan kimia tersebut.
  5. Kes ni boleh menyebabkan kanser hati.

Source:   http://www.livestrong.com/article/19461-benefits-egg-lecithin/

#phewww! Konklusinya telur separuh masak baik untuk kesihatan disebabkan dalam kuningnya tuh terdapat choline yang memberi banyak manfaat. Dah?
Ok..stop kat sini eh..haha..

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! HM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Hudamir

Sumber: skystarz24