Ketahui Personaliti Diri Melalui Gaya Tidur

Pernahkan anda terfikir bahawa gaya dan posisi tidur anda sebenarnya sedikit sebanyak menceritakan siapakah diri anda. Bahasa tubuh badan kita memang mencerminkan diri kita walaupun ketika sedang tidur. Menurut David Gruener daripada NYC Surgical Associates, kita menghabiskan masa sekurang-kurangnya lima atau enam jam sehari untuk tidur. Jadi sudah pasti posisi ketika tidur melambangkan siapa diri anda.

Mari kita ketahui personaliti diri melalui gaya tidur. Berdasarkan info ini, mungkin ia akan menambah baik gaya tidur anda selepas ini.

Tidur Seperti Bayi

Menurut Susanne Flother, pereka tilam Somnium Beds, ramai individu yang tidur pandang ke sisi seperti bayi kerana posisi itu memberikan perasaan selamat ketika mereka tidur. Posisi ini juga merupakan gaya tidur paling biasa digunakan.

Mereka yang mengemarkan gaya tidur seperti bayi ini biasanya sedikit sensitif tetapi dalam masa sama memaparkan personaliti luaran yang tegas. Menariknya tentang individu yang mengamalkan gaya tidur ini adalah mereka agak terbuka dalam berbicara soal peribadi walaupun pada awalnya akan sedikit ciri pemalu apabila berkenalan dengan orang baru.

Tidur Tegak Seperti Kayu

Tidur tegak seperti kayu adalah posisi di mana anda tidur pandang ke sisi dan kedua-dua tangan berada di sisi anda. Jika ini merupakan gaya tidur anda jadi besar kemungkinan anda adalah seorang yang sangat peramah, santai dan mudah percaya dengan orang asing. Posisi ini juga sebenarnya antara posisi paling kerap diamalkan selain daripada posisi bayi.

Tetapi, jaga-jaga. Kebanyakan individu yang mengamalkan gaya tidur ini juga dikatakan agak lurus bendul.

Tidur Tegak Dengan Tangan Terbuka

Agak sama dengan posisi sebelum ini. Apa yang membezakannya adalah keadaan tangan di mana gaya tidur kali ini, tangan akan ‘terbuka’ dan bebas, bukan terikat di sisi badan. Gaya tidur ini juga kelihatan seperti individu itu cuba ‘mencapai’ sesuatu atau seseorang.

Seperti gaya tidur sebelum ini, personaliti bagi posisi kali juga adalah individu yang agak terbuka. Bezanya dengan tidur tegak seperti kayu, mereka yang tidur dengan posisi ini besar kemungkinan seseorang yang susah untuk membuat keputusan. Tetapi apabila keputusan itu sudah dibuat, susah untuk mereka mengubahnya.

Tidur Pandang Sisi Dengan Lebih Banyak Bantal

Menariknya tentang gaya tidur ini adalah ia merupakan gaya tidur yang menjanjikan rehat yang cukup sepanjang malam dan menjadikan siang anda lebih bertenaga. Dengan bantuan bantal di antara lutut, ia memberikan keselesaan kepada tulang belakang anda.

Tidak banyak boleh dikatakan tentang gaya tidur ini, tapi apa yang pasti individu yang mengamalkan gaya tidur ini adalah orang yang terbuka untuk belajar perkara baru daripada orang lain.

Tidur Meniarap

Gaya tidur meniarap ini merupakan gaya tidur yang jarang diamalkan, ini kerananya ianya agak tidak selesa untuk jangka waktu yang lama.

Jika ini merupakan pilihan gaya tidur anda, anda mempunyai kecendurangan untuk menyuarakan pendapat anda tanpa rasa gusar. Malah ianya sering dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dan boleh dianggap biadap. Tetapi, dalam masa yang sama anda juga seseorang yang tidak suka dikritik dan dengan sedaya upaya akan mengelakkan situasi yang tidak selesa.

Tidur Tegak Seperti Askar

Seperti askar, gaya tidur ini adalah di mana individu akan tegak berbaring dan kedua-dua tangan di sisi. Menariknya, masalah berdengkur juga kerap terjadi pada mereka yang mengamalkan gaya tidur ini.

Kebiasaannya, individu yang mengamalkan gaya tidur ini adalah orang yang tegas dan dalam masa yang sama seorang yang sangat pendiam. Mereka adalah individu yang mengambil serius tentang diri mereka dan orang lain. Individu ini juga merupakan individu yang mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap perkara yang mereka lakukan.

Kredit : Reader’s Digest

Sumber: BukanAku via Lubuk Maklumat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! HM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Hudamir