Bersempena dengan ulang tahun kelahiran isteri, pelakon Pekin Ibrahim telah berkongsi sekeping foto sambutan ringkas bersama suri hatinya, Mona Allen.
Di samping itu, Pekin turut menitipkan kata-kata buat Mona. Menerusi kapsyennya, Pekin menasihati isterinya agar sentiasa merendah diri, rajin bersedekah dan percaya rezeki itu datang dari Allah.
“Selamat Hari Ulangtahun kepada isteriku @mona.allen .. supaya 2020 Allah memberi u kesihatan yang baik , rezki yg melimpah ruah , dan segala perancangan kita di permudahkan & di berkati oleh Nya , merendah diri , bersedekah , dan sentiasa ingat rezki itu datang dari Allah .”
“sebagai anak seni , berkaryalah , dan sentiasa sedar ruang & terus belajar utk memperbaiki diri . insyallah akan di kenang sampai bila-bila. Amin .. love u ❤️”, kongsinya.
View this post on Instagram
Terdahulu, Pekin dan Mona telah mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Instagram Mona Allen, Pekin Ibrahim

Leave a Reply