Penyanyi dangdut terkenal, Inul Daratista menerusi Instagramnya berkongsi berita gembira bahawa dia akan menghantar seramai 62 orang yang bertuah menunaikan umrah di kota suci Mekah.
Perkara itu dilakukannya bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke 41 dan sebagai tanda syukur kerana diberi kenikmatan hidup selama ini.
Hal itu dilakukan Inul Daratista bersama bisnes karaoke Inul Vizta Family KTV dengan mengundi 59 customer karaoke dan 3 orang karyawan pada Rabu (22/1) di Pejaten Village Mall, Jakarta Selatan.
“Bismillah ❤️💕
Saya bagi umroh sebanyak 62 org utk tamu vizta loyal customer di seluruh Indonesia.
Undian saya lakukan hari ini di vizta pejaten🥰
Selamat buat yg beruntung❤️
@inulviztaofficial“, kongsinya.
View this post on Instagram
Meninjau di ruang komen, rata-rata peminat serta pengikut kagum dengan sikap pemurah Inul selain turut mendoakan kesejahteraan hidup penyanyi tersebut.
Sumber: Instagram Inul Daratista
Leave a Reply