Beberapa hari yang lepas, Janna ada memuatnaik sekeping foto dirinya memakai hijab labuh.
Menerusi kapsyennya, difahamkan bintang berusia 25 tahun itu bakal terbang ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah.
Justeru, Janna memohon kemaafan atas segla salah dan silapnya terhadap semua.
“Di kesempatan ini saya memohon seribu kemaafan daripada semua yang mengenali saya…
Halal kan segala makan minum & hutang piutang sekiranya ada ( Termasuk la hutang bank, credit card & loan ASB dan sebagainya )
Doa kan perjalanan saya dan keluarga dipermudahkan ❤️❤️❤️”, tulisnya.
Menerusi ruamgan komen, rata-rata rakan artis mendoakan agar perjalanan Janna serta keluarga selamat.
Sumber: Instagram Janna Nick
Leave a Reply