Tak Pandang Status, Uqasha Senrose Idamkan Suami Yang Hormat Orang Tua, Pandai Jaga Hati

Nama Uqasha Senrose tidak perlu diperkenalkan lagi. Aktress jelita ini sering mencuri pandangan peminat dek lakonannya yang ‘menjadi’ dan rupa paras yang menawan.

Baru-baru ini, memetik petikan Gempak, Uqasha mendedahkan bahawa dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga namun masih belum menemui calon yang sesuai.

 

 

View this post on Instagram

 

Morning glory , jangan lupa breakfast tau šŸ˜˜ #uqashasenrose

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on

Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 28, berkata, dia bukanlah mencari seorang yang betul-betul sempurna, sebaliknya cukuplah sekadar lelaki yang kena dengan jiwanya.

“Bukan tak sedia, cuma tak jumpa orang yang betul. Kahwin ni bukan sehari dua, tak naklah sebulan dua bulan, cer4i, makan hati, kalau laki tu tak jaga hati. Saya memang jaga bab tu, takut salah pilih orang.

 

 

View this post on Instagram

 

#Nawal #Hanan signing off ā¤ļø #setelahterlafaznyaakad

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on

Dalam pada itu, Uqasha menegaskan bahawa dia bukanlah memandang kepada status bakal suami, namun cukuplah seorang lelaki itu pandai hormati orang tua, stabil dalam segi kewangan dan pandai menjaga hatinya.

Namun begitu, jujur aktress ini, buat masa sekarang dia enggan memberi tumpuan kepada jodoh namun sebaliknya ingin mengembangkan lagi kerjayanya dan mencapai impiannya terlebih dahulu.

 

 

View this post on Instagram

 

Thank you so much for today ā¤ļø Meet and greet for #setelahterlafaznyaakad Makeup and hair by mummy @sherryalauddin

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on

“Ada berkawan, tapi fokus saya sekarang pasal kerja. Kalau hal lain, saya rasa kalau tuhan dah kata itu jodoh kita, ia akan jadi mudah je,” katanya.

Sebelum ini, Uqasha pernah dikaitkan dengan beberapa lelaki dalam industri hiburan namun tiada pengakuan jelas yang dibuat olehnya.

Sumber:Gempak, Instagram Uqasha Senrose

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*